BANGKOK: Fasilitator dari Malaysia yang baru dilantik bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand, Lt Jen (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal, bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow serta Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara (NSC), Chaiyapruek Duangprapat pada Rabu bagi membincangkan proses damai di selatan Thailand.

Ahmad Norihan yang dilantik pada Oktober mengadakan kunjungan hormat ke atas Sihasak dan Chaiyapruek di Rumah Kerajaan sebelum melakukan kunjungan peribadi menemui Wan Muhamad Noor Matha, penasihat kepada Perdana Menteri Thailand mengenai pembinaan keamanan di wilayah sempadan selatan.

Wan Muhamad yang mengesahkan pertemuan itu berkata, Ahmad Norihan hadir untuk mengumpul maklumat serta turut bertemu beberapa pegawai Thailand yang lain.