Sebanyak 14 kawasan lokasi rekreasi di daerah ini dikenal pasti berisiko mengalami kejadian kepala air dengan Sungai Pertak
Key takeaways
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengenal pasti 14 kawasan rekreasi berisiko kepala air, dengan Sungai Pertak, Siling dan Batang Kali sebagai tiga lokasi utama. Jabatan ini menasihatkan orang ramai menangguhkan aktiviti air susulan Monsun Timur Laut.
- Sungai Batang Kali merekodkan empat insiden kepala air setakat tahun ini, diikuti Sungai Siling (tiga) dan Sungai Pertak (dua).
- Sebanyak lapan individu daripada pelbagai negara hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Pertak pada pukul 5.30 petang Isnin lalu.
- JBPM menasihatkan orang ramai menangguhkan aktiviti rekreasi air seperti mandi dan berkhemah di kawasan sungai dan jeram.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
HULU SELANGOR – Sebanyak 14 kawasan lokasi rekreasi di daerah ini dikenal pasti berisiko mengalami kejadian kepala air dengan Sungai Pertak, Sungai Siling dan Sungai Batang Kali menjadi tiga lokasi hot spot utama.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, setakat tahun ini, Sungai Batang Kali merekodkan empat insiden kepala air diikuti Sungai Siling (tiga) dan Sungai Pertak (dua).
“Daripada sembilan kejadian kepala air di tiga lokasi itu, hanya insiden (Isnin lalu) di Sungai Pertak melibatkan mangsa, manakala kejadian lain tidak melibatkan mangsa,” katanya ketika ditemui Bernama di Pos Kawalan Hadapan JBPM di Jambatan Pertak, di sini hari ini.