​HULU SELANGOR: Tujuh warga asing antara lapan lelaki yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di lokasi perkelahan Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak, di sini semalam.

​Dalam insiden berkenaan, seorang mangsa warga tempatan ditemui lemas awal pagi tadi, manakala tujuh lagi mangsa dilaporkan masih hilang.

​Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berkata mangsa yang ditemui lemas dikenali sebagai V Vijayan, seorang lelaki tempatan.

​”Mayat mangsa ditemui anggota JBPM di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi tadi, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi asal dia dipercayai dihanyutkan arus.