Semporna: Tiga individu termasuk dua pelancong warga China cedera selepas bot dinaiki mengalami masalah enjin sebelum dirempuh sebuah bot lain di kawasan perairan Pulau Singamata, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.12 pagi itu, bot yang membawa lapan penumpang warga China bersama seorang juragan dan tiga kru sedang dalam perjalanan dari Jeti Seafest menuju Pulau Bohey Dulang.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Tan Hiap Wah berkata, bot berkenaan berhenti di perairan Pulau Singamata selepas enjinnya tersangkut sampah.

Beliau berkata, ketika kru bot berkenaan sedang berusaha membuang sampah yang tersangkut tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lagi bot pelancong.