KOTA BHARU: Tokoh tukang karut dan penyanyi dikir barat tersohor Kelantan, Mohammad Zain Ismail, 66, atau lebih dikenali sebagai Jen Endoro, meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, 6 pagi tadi, akibat kecederaan dalaman pada perut.
Anak sulungnya, Nur Farahin Mohammad Zin, 33, bapanya dimasukkan ke HPUSM Kubang Kerian sejak minggu lalu selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.
Sebelum ini, Jen Endoro terlantar akibat penyakit angin ahmar sejak lima tahun lalu.
"Ayah sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya pada 26 November ini, namun hasrat itu tidak kesampaian.









