TANGGA BATU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 95 peratus pengundi awal menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, seramai 5,286 anggota tentera dan polis sudah menunaikan tanggungjawab mengundi setakat jam 10.25 pagi Selasa, bersamaan 53.225 peratus daripada keseluruhan pengundi awal.Menurutnya, proses pengundian awal berlangsung di 31 pusat mengundi membabitkan 50 saluran di seluruh negeri."Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar dan kita tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden besar."Daripada 31 pusat mengundi itu, sebanyak 19 akan ditutup pada jam 12 tengah hari, tiga lagi pada jam 2 petang manakala sembilan pusat mengundi akan ditutup pada jam 5 petang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau proses pengundian awal di SMK Kem Terendak di sini pada Selasa.Ramlan berkata, proses pengundian awal kali ini membabitkan 9,769 anggota tentera dan 2,792 anggota polis.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebanyak 237 kesalahan pilihan raya dilaporkan kepada pasukan pemantau SPR sehingga malam Isnin.Katanya, kesalahan itu antaranya membabitkan aktiviti kempen, pemasangan bendera dan bahan kempen yang melanggar peraturan ditetapkan.Justeru, beliau menyeru semua pihak supaya meneruskan kempen secara berhemah dan tertib bagi mengelakkan sebarang gangguan sepanjang tempoh pilihan raya.
SPR sasar 95 peratus keluar undi awal, 53.2 peratus direkodkan setakat 10.25 pagi

Key takeaways
SPR menyasarkan 95 peratus pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada PRN Melaka, dengan 53.225 peratus sudah mengundi setakat jam 10.25 pagi Selasa.
- Seramai 5,286 anggota tentera dan polis telah mengundi setakat jam 10.25 pagi Selasa.
- Proses pengundian awal berlangsung di 31 pusat mengundi yang membabitkan 50 saluran.
- Sebanyak 19 pusat mengundi akan ditutup pada jam 12 tengah hari.
- Sebanyak 9,769 anggota tentera dan 2,792 anggota polis terlibat dalam pengundian awal.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian PRN Melaka: SPR giat buat persiapan akhir undi awal
- Harian Metro SPR giat buat persiapan akhir undi awal PRN Melaka
- Berita Harian PRN Melaka: BN, PN sasar 60 peratus undi
- Utusan Malaysia SPR sasar 95 peratus pengundi awal
- Sinar Harian SPR sasar 95 peratus keluar undi awal, 53.2 peratus direkodkan setakat 10.25 pagi (this story)
- Berita Harian PRN Melaka: Lebih 50 peratus sudah keluar mengundi awal







