Dakar, Senegal: Sekurang-kurangnya 39 orang maut selepas sebuah bot yang membawa pendatang karam di perairan pantai Senegal, lapor Agensi Akhbar Senegal (APS).

Kementerian Dalam Negeri berkata, seorang mangsa berjaya diselamatkan, namun jumlah individu yang masih hilang belum dapat dipastikan, lapor BBC.

Bot kayu kecil itu terbalik di antara ibu negara Dakar dan bandar Saint-Louis di utara negara itu ketika dalam perjalanan menuju Kepulauan Canary, Sepanyol.

Kumpulan hak asasi pendatang Sepanyol, Walking Borders, merekodkan 635 kematian di laluan Lautan Atlantik menuju Kepulauan Canary antara Januari hingga Mei 2026, angka tertinggi berbanding laluan lain yang dipantaunya.