KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga rakyat Malaysia yang ditahan bersama kira-kira 76 kilogram (kg) ganja di Mauritius pada 2 November lalu, disahkan suami isteri.
Siasatan turut mendapati mereka ditawarkan upah RM1,000 bagi setiap bagasi berisi dadah yang dibawa ke negara itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan dari Pulau Pinang yang masing-masing berusia 22 dan 18 tahun itu, direkrut selepas berkenalan dengan seorang individu menerusi aplikasi RedNote.
"Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek dihubungi seorang individu melalui aplikasi Telegram selepas berkenalan menerusi aplikasi RedNote.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F11%2F19c0141944dc2cff4dbe6a8306988278.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


