Bungkusan plastik hitam mengandungi daun hijau disyaki ganja yang ditemui dalam bagasi tiga rakyat Malaysia. (Gambar MRA)PETALING JAYA: Tiga rakyat Malaysia ditahan di Mauritius selepas 76.14kg bahan disyaki ganja ditemui dalam bagasi mereka pada 2 Nov lalu.

Pihak Berkuasa Hasil Mauritius (MRA) berkata, tiga rakyat Malaysia itu terdiri daripada dua lelaki berusia 22 dan 30 tahun serta seorang wanita berusia 18 tahun.

Jelasnya, tiga suspek yang menaiki penerbangan Emirates EK709 dari Dubai itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sir Seewoosagur Ramgoolam (SSRIA).

"Selepas pemeriksaan profil dan soal siasat terhadap penumpang, pegawai Seksyen Antinarkotik Kastam memeriksa bagasi daftar masuk mereka.