KUALA LUMPUR: Suasana di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, dilihat lengang tanpa kehadiran pihak polis.

Tinjauan setakat jam 1 tengah hari mendapati tiada sebarang pergerakan kenderaan keluar masuk ke kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Rumah Najib mula menjadi tumpuan media sejak Jumaat lalu selepas UMNO menyelesaikan bayaran denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara kes penyelewengan SRC International di bawah tahanan rumah.

Najib dibenar menjalani tahanan rumah mengikut syarat pengampunan bersyarat di kediamannya di Langgak Duta selepas UMNO membayar denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.