Kuala Lumpur: Suasana di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, dilihat lengang tanpa kehadiran pihak polis, hari ini.
Tinjauan di kawasan berkenaan pada 1 tengah hari mendapati tiada sebarang pergerakan kenderaan keluar masuk di kediaman itu.
Rumah Najib mula menjadi tumpuan media sejak Jumaat lalu selepas UMNO menyelesaikan bayaran denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki tahanan kes penyelewengan SRC International di rumah.
Terdahulu, media melaporkan Datuk Seri Najib dibenar menjalani tahanan rumah mengikut syarat pengampunan bersyarat di kediamannya Langgak Duta itu selepas UMNO membayar denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.








