KUALA LUMPUR: Bangunan di No 11, Jalan Langgak Duta dan kawasan sekitarnya seluas 4558.975 meter persegi, secara rasmi diisytiharkan sebagai penjara bagi tujuan penahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, menerusi Warta Kerajaan Persekutuan memaklumkan rumah bekas perdana menteri itu digazetkan sebagai penjara mengikut Akta Penjara 1995.
Warta itu menyebut, "Menteri mengisytiharkan semua bangunan dan kawasan dengan keluasan 4558.975 meter persegi di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, 50480 Kuala Lumpur yang terletak di atas Lot 5746, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai suatu penjara bagi maksud Akta bagi pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah.









%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fhujan_565054.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
