KUALA LUMPUR - Kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini diisytiharkan sebagai suatu penjara bagi maksud pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah.Perisytiharan tersebut dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995 [Akta 537].Dokumen rasmi itu termaktub dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh hari ini, yang disiarkan menerusi portal rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC).Berdasarkan warta berkenaan, kawasan yang diisytiharkan itu merangkumi semua bangunan dan kawasan tanah seluas 4,558.975 meter persegi di No. 11, Jalan Langgak Duta yang terletak di atas Lot 5746, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur."Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 3 Akta Penjara 1995 [Akta 537], Menteri mengisytiharkan semua bangunan dan kawasan dengan keluasan 4,558.975 meter persegi di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, 50480 Kuala Lumpur yang terletak di atas Lot 5746, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai suatu penjara bagi maksud Akta bagi pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah," menurut warta itu.Perisytiharan tersebut berkuat kuasa pada tarikh ia dimeterai iaitu hari ini.Najib dilaporkan selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.Pembayaran itu merupakan antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Keluarga tidak dimaklumkan’- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiBagaimanapun, AGC dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas perdana menteri itu, ditangguhkan sementara sehingga selesai penelitian dan penjelasan lanjut mengenai interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan berkenaan.AGC memaklumkan sepanjang tempoh penangguhan, Najib dikekalkan di tempat tahanan sedia ada, tertakluk kepada kuasa dan arahan pihak berkuasa yang berkenaan. - Bernama
Rumah Najib di Jalan Langgak Duta diisytihar sebagai penjara

Key takeaways
Rumah Najib di Jalan Langgak Duta diisytiharkan sebagai penjara mengikut Akta Penjara 1995.
- Kediaman Najib diisytiharkan sebagai penjara untuk pemenjaraan atau penahanan sah.
- Kawasan yang diisytiharkan seluas 4,558.975 meter persegi di No. 11, Jalan Langgak Duta.
- Najib membayar denda RM50 juta sebagai syarat pengampunan bersyarat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Najib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum ke Langgak Duta
- Sinar Harian Rumah Najib di Jalan Langgak Duta diisytihar sebagai penjara (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fhujan_565054.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
