Kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai suatu penjara bagi maksud pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah.
Perisytiharan tersebut dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995 [Akta 537].
Dokumen rasmi itu termaktub dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh hari ini, yang disiarkan menerusi portal rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC).
Berdasarkan warta berkenaan, kawasan yang diisytiharkan itu merangkumi semua bangunan dan kawasan tanah seluas 4,558.975 meter persegi di No. 11, Jalan Langgak Duta yang terletak di atas Lot 5746, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur.
%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fhujan_565054.jpg&w=900&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2F885%2Fskft0611_511821.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fpodcast24234_100725.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Ffoto_malaysiakini_1000x600_230028.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajibrazak1_740838.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAnthonyLoke1_107174.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F06%2F1ec93fdedfdf033f92d2adde9e1083c5.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


