Georgetown: Polis menyiasat dakwaan tuduhan salah laku anggota polis ketika menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang di Puncak Erskine, Jalan Fettes, Tanjung Tokong di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, dakwaan itu dikesan pihaknya menerusi video tular di media sosial, hari ini.
Katanya, pihaknya sudah menerima laporan daripada polis anggota terbabit yang menafikan dakwaan berlaku salah laku rasuah ketika pemeriksaan dijalankan.
"Siasatan menyeluruh berhubung kejadian yang dipaparkan dalam video tular membabitkan anggota polis itu adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.









%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fhujan_565054.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)