Kuala Lumpur: Firma guaman yang mewakili Datuk Seri Najib Razak mendakwa Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berhubung pelaksanaan tahanan rumah bekas Perdana Menteri itu.

Dalam kenyataan, Shafee & Co berkata, pihaknya menuntut supaya Najib segera dipindahkan ke kediamannya di Taman Duta untuk menjalani tahanan rumah kerana semua syarat ditetapkan menerusi pengampunan diraja sudah dipenuhi.

"Kenyataan AGC sendiri mengakui bahawa Perintah Mahkamah memperuntukkan pelepasan anak guam kami untuk menjalani tahanan rumah di kediamannya.

"Itulah yang dikehendaki oleh Perintah Pengampunan dan Perintah Mahkamah. Itulah yang wajib dilaksanakan serta sudah pun dilaksanakan.