Seremban: Meskipun bakal mempertaruhkan hampir semua petinju muda, pasukan tinju Negeri Sembilan tetap berhasrat untuk tampil selaku pencabar terkuat dalam Kejohanan Tinju Kebangsaan 2026, yang akan berlangsung di Ipoh, dari 7 hingga 14 Disember depan.
Presiden Persatuan Tinju Amatur Negeri Sembilan (PTANS), Mohd Fitri Omar berkata, pihaknya sudah menyenaraikan 23 petinju untuk menggalas cabaran pasukan pada kejohanan itu nanti.
Katanya, Negeri Sembilan akan mengambil bahagian dalam kategori umur 12-14 dan 15-16 tahun bagi lelaki dan perempuan.
"Kami sedar hampir semua petinju yang dipertaruhkan adalah kalangan atlet muda dan pelapis dan mereka ini adalah atlet yang sedang digilap untuk mencapai tahap prestasi terbaik menjelang Sukan SEA tahun depan.








%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fhujan_565054.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

