Melaka: Masyarakat India di negeri ini diminta meraikan Deepavali dalam semangat silaturahim meskipun sibuk dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Barisan Nasional Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perayaan cahaya itu melambangkan kesepaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri berkenaan.

Katanya, kedatangan hari yang gembira itu membuktikan bahawa kesepaduan dan perpaduan dapat dieratkan lagi.

"Saya berharap masyarakat India, sungguhpun dalam tempoh kempen pilihan raya, tidak melupakan semangat silaturahim dan bersama-sama meraikan Deepavali," katanya.