Madrid: Sepanyol perlu menarik diri daripada menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030 bersama Portugal dan Maghribi sekiranya negara itu tidak diberikan hak menganjurkan perlawanan akhir, kata pemimpin pembangkang Parti Popular (PP) yang mendahului tinjauan pendapat menjelang pilihan raya umum mengejut.

"Perlawanan akhir Piala Dunia mesti berlangsung di tempat yang adil, sesuai dan tidak boleh dipertikaikan, iaitu di Sepanyol," kata Alberto Nunez Feijoo dalam temu bual bersama program televisyen Sepanyol, El Chiringuito, lewat Khamis.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menggesa Sepanyol menarik diri daripada kejohanan yang dianjurkan bersama itu sekiranya Maghribi diberikan hak menganjurkan perlawanan akhir, beliau menjawab: "Ya. Jawapannya ya."