KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini untuk menjalani hukuman tahanan rumah.
Sumber memaklumkan, pemeriksaan kesihatan itu perlu diselesaikan sebelum Najib dibawa ke kediaman berkenaan.
“Beliau perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Selain itu ada beberapa proses perlu diselesaikan sebelum dibawa ke Langgak Duta untuk tahanan rumah,” katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat oleh peguam Najib selepas bekas pemimpin UMNO itu tiba di Langgak Duta di sini.









