KUANTAN – Dua lelaki tempatan bersama 24 warga Vietnam termasuk tujuh wanita masing-masing didenda RM5,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan terlibat dalam jenayah penipuan secara dalam talian, Oktober lalu.
Khoo Chun Shiang, 21, dan Beh Zi Xuan, 29, serta warga Vietnam berusia 20 hingga 48 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ellyna Othman.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Muhamad Saifuldin Ab Rahman.
Menurut kertas pertuduhan, semua tertuduh yang kebanyakannya bekerja sebagai pembantu kedai, penganggur dan suri rumah itu didakwa secara bersama bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan jenayah penipuan secara dalam talian dengan cara ‘phishing’ ( Seksyen 417 Kanun Keseksaan)










