KUALA LUMPUR – Dua remaja ditahan polis selepas disyaki membekalkan vape mengandungi dadah kepada seorang pelajar sekolah di Negeri Sembilan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 17 dan 18 tahun.

Katanya, suspek berusia 17 tahun merupakan rakan sekolah mangsa, manakala seorang lagi berusia 18 tahun sudah tidak bersekolah.