Kuala Lumpur: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan kempen Guaranteed Resale Value (GRV) bagi Mitsubishi Xforce, menawarkan nilai jualan semula dijamin sehingga 60 peratus daripada harga atas jalan selepas tempoh lima tahun.
Kempen dengan kerjasama Maybank dan Maybank Islamic Bhd itu terhad kepada 200 pelanggan pertama yang memenuhi syarat ditetapkan.
Melalui kempen berkenaan, pelanggan yang menjual semula Xforce kepada MMM selepas lima tahun dan membeli kenderaan Mitsubishi baharu layak menerima Enhanced GRV sebanyak 60 peratus.
Bagi pelanggan yang menjual Xforce kepada MMM tanpa membeli kenderaan Mitsubishi lain, Standard GRV sebanyak 45 peratus ditawarkan, tertakluk kepada terma dan syarat kempen.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajibrazak1_740838.png&w=480&output=webp&q=85&we)