Istanbul: UMNO bersyukur kerana semua syarat pengampunan bersyarat diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenuhi, sekali gus membuka jalan untuknya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan bersyarat, termasuk tahanan rumah, mesti dihormati kerana ia termaktub dalam Perlembagaan.
Ahmad Zahid bagaimanapun berharap tidak akan ada tafsiran berbeza atau pembacaan yang berlainan daripada tokoh atau penganalisis mengenai perkara itu.
"Kita tahu pada satu ketika dahulu, seorang pemimpin diberikan pengampunan penuh oleh Lembaga Pengampunan. Kita mesti menghormati kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam memberi pengampunan yang mengenakan syarat tahanan rumah.









