MELAKA - Tiada kenaikan kadar cukai tanah bagi tempoh lima tahun serta bekalan air percuma bagi penggunaan domestik 20 meter padu sebulan antara tawaran utama manifesto Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) Melaka.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, manifesto yang berpaksikan enam teras utama itu menggariskan 113 inisiatif dengan memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, peluang pekerjaan, perumahan, pendidikan, pembangunan ekonomi serta masa depan anak muda.Menurutnya, tawaran berkenaan disusun mengikut tiga tempoh pelaksanaan iaitu 100 hari, satu tahun dan lima tahun berdasarkan skop serta keperluan setiap inisiatif.Beliau berkata, antara komitmen utama yang ditawarkan ialah potongan harga 30 peratus bagi pembelian ayam dan daging menerusi program Jualan Mesra yang akan dilaksanakan secara berkala."Selain itu, kita turut menyasarkan penyediaan 25,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun, selain menawarkan kemudahan pinjaman sehingga RM80,000 bagi pembinaan rumah di atas tanah sendiri."Program Melaka Rumahku juga akan diteruskan menerusi pembinaan rumah baharu dan kerja-kerja baik pulih bagi membantu keluarga yang memerlukan," katanya ketika membentangkan manifesto BN dan PN Melaka di MITC pada Jumaat.Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, gabungan berkenaan turut menyasarkan kemasukan pelaburan berjumlah RM30 bilion serta mewujudkan 25,000 peluang pekerjaan menerusi pembangunan kawasan industri baharu dan sektor ekonomi berteknologi tinggi.Katanya, lebih 15,000 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga disasarkan menerima latihan, selain menjadikan Melaka sebagai hab TVET bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri.Bagi sektor pendidikan pula, beliau berkata, bantuan RM1,000 untuk kemasukan anak Melaka ke Universiti Melaka (UNIMEL) dan Kolej Universiti Islam Melaka (MiCOST) akan diteruskan."BN dan PN juga menawarkan kelas tuisyen percuma bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), selain bantuan tambang pengangkutan murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)."Kita juga mahu memperluas peluang anak muda dalam ekonomi digital melalui latihan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Kebendaan (IoT) secara percuma, geran keusahawanan anak muda serta pembangunan Melaka Digital dan AI Hub," katanya.Dalam aspek pentadbiran, Ab Rauf berkata, program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) akan diteruskan di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN), selain memperkukuh program HEBAT, sistem aduan rakyat dan pendigitalan perkhidmatan kerajaan.Beliau berkata, manifesto berkenaan merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, selaras dengan prinsip 'No One Is Left Behind'."Sebagai rekod, berdasarkan rumusan semakan manifesto terdahulu bagi tempoh 2021 hingga 2026, sebanyak 97 peratus telah dilaksanakan."Ini menjadi asas penting untuk kita terus menilai pelaksanaan tawaran baharu dengan telus dan bertanggungjawab," katanya.
Manifesto BN-PN tawar air percuma 20 meter padu, tiada kenaikan cukai tanah lima tahun

Key takeaways
Manifesto BN-PN Melaka menawarkan bekalan air percuma 20 m³ sebulan dan tiada kenaikan cukai tanah selama lima tahun, bersama 113 inisiatif termasuk potongan harga 30 % ayam, 25,000 rumah mampu milik, pinjaman RM80,000, dan pelaburan RM30 bilion.
- Bekalan air percuma 20 m³ sebulan dan cukai tanah tidak dinaikkan selama lima tahun.
- Program menyediakan 25,000 unit rumah mampu milik dan pinjaman RM80,000 untuk pembinaan rumah.
- Pelaburan RM30 bilion dijangka mencipta 25,000 peluang pekerjaan dan 15,000 graduan TVET akan dilatih.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian BN, PN bersama bentang manifesto
- Sinar Harian Manifesto BN-PN tawar air percuma 20 meter padu, tiada kenaikan cukai tanah lima tahun (this story)
- Malaysiakini (BM) BN-PN lancar manifesto PRN Melaka di tengah 'pergeseran' Madani









