MELAKA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan membentangkan manifesto bersama buat kali pertama sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, hari ini dengan sasaran memperoleh lebih 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata manifesto berkenaan bakal menjadi tawaran lengkap yang memberi manfaat kepada rakyat negeri itu.

"Pastinya manifesto ini memberikan pulangan kepada rakyat. Macam manifesto 2021, boleh dikatakan hampir 90 peratus kita sempurnakan.

"Jadi sebab ini adalah manifesto pertama yang dicampurkan dengan PN. Saya tak boleh lagi beri teaser dia kerana masih lagi dalam peringkat (akhir) diperhalusi untuk dibentangkan kepada rakyat pada Jumaat (hari ini) ini," katanya ketika sesi rakaman Podcast Utama Edisi Khas Buletin TV3 PRN Melaka ke-16.