Sungai Petani: Hasrat dua penunggang motosikal untuk berhenti di bawah jejambat di Kilometer 96.2, Lebuhraya Utara Selatan, bagi berteduh kerana hujan tengah malam tadi, berakhir tragedi apabila seorang daripadanya meninggal dunia digilis dan diseret treler manakala seorang lagi parah.
Dalam kejadian itu, Mohd Khairul A'zami Mohd Nazeri, 23, dari Kampung Permatang Kong, Mukim Padang Hang, Alor Setar meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi mangsa yang berusia 23 tahun, dari kampung sama, kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Alor Setar menghala ke Sungai Petani dengan menggunakan lorong kiri.









