Kuala Lumpur: Malaysia dikenal pasti berdepan ancaman dieksploitasi sebagai salah satu laluan transit bagi aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedudukan geografi yang strategik dan jaringan pengangkutan udara, darat serta maritim yang luas, berpotensi diguna sindiket jenayah terancang untuk membawa masuk dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan atau dihantar ke negara destinasi lain.

Kata beliau, perkara itu didedahkan berdasarkan hasil risikan dan tindakan penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus mempergiatkan risikan dan operasi penguatkuasaan terhadap keseluruhan rangkaian sindiket.