Seremban: Semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan belum menerima sebarang maklumat atau notis berkaitan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) meskipun tarikh persidangan dirancang kerajaan negeri ditetapkan pada 26 November iaitu hanya berbaki 20 hari.

Ketua pembangkang, J Arul Kumar, berkata sepatutnya notis itu dihantar sebelum 28 hari daripada tarikh yang ditetapkan bagi persidangan DUN.

"Sepatutnya notis dihantar sebelum 28 hari daripada tarikh persidangan DUN bermaksud sebelum atau pada 28 atau 29 Oktober yang lalu mereka sepatutnya hantar notis kepada kita (ADUN).

"Sehingga hari ini kami belum terima (notis) atau maklumat dan sekiranya mereka hantar dalam sehari dua ini pun, bermakna persidangan DUN bukan 26 November seperti yang mereka (kerajaan negeri) tetapkan kerana ia sudah melangkaui tempoh 28 hari.