Kuala Lumpur: Polis dilihat memperketatkan laluan masuk ke kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, di sini, pagi hari ini dipercayai persediaan menyambut kepulangannya selaras dengan arahan perintah tahanan rumah.

Najib berkemungkinan akan dibenarkan ke kediamannya selepas dilaporkan sudah menjelaskan bayaran yang ditetapkan.

Sejak 10.30 pagi hari ini, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dilihat tiba di kawasan kediaman Najib itu.

Pada 10.45 pagi, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam bersama timbalannya dilihat tiba ke lokasi sama.