Kuala Lumpur: Peluang beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF 2026 di Hangzhou, China bergantung kepada tahap kecergasan mereka apabila ketua jurulatih, Herry Iman Pierngadi tidak mahu mengambil risiko sekiranya kecederaan tumit kanan Wooi Yik belum pulih sepenuhnya.
Menurutnya, Wooi Yik yang mengalami kecederaan di Terbuka Perancis bulan lalu itu sudah menjalani proses pemulihan sebaik kembali dari Eropah dan mendapatkan pemeriksaan serta khidmat nasihat doktor, namun masih belum mencapai tahap pemulihan sepenuhnya.
"Kecederaan itu berlaku ketika dia beraksi pada aksi pertama menentang pasangan China di Terbuka Perancis. Ketika perlawanan, dia tidak begitu merasainya, tetapi selepas tamat permainan barulah mula terasa.








