KUALA LUMPUR – Pemilihan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai venue perlawanan akhir Piala FA disifatkan sebagai keputusan tepat memandangkan stadium berkenaan memiliki kemudahan serta kualiti yang mampu menjamin kelancaran aksi kemuncak itu.

Tidak timbul soal pemilihan itu akan memberikan kelebihan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) sekiranya Harimau Selatan layak ke perlawanan akhir kerana keutamaan adalah memastikan perlawanan akhir berlangsung dalam suasana terbaik.

Malah ia tidak wajar menimbulkan isu atau persepsi berat sebelah kerana sejarah final Piala FA 2005 dan 2008 yang membabitkan pasukan Selangor pernah dilangsungkan di stadium keramat The Red Giants iaitu Stadium Shah Alam.

“Bagi saya tiada masalah pun, aksi final boleh dijalankan di SSI dan saya tidak nampak sebarang isu atau perkara yang boleh mendatangkan berat sebelah. Jika kita tengok sejarah sebelum ini, Stadium Shah Alam juga pernah menjadi venue perlawanan akhir Piala FA ketika Selangor sendiri beraksi dalam perebutan kejuaraan pada edisi 2005 dan 2008.