Kuala Lumpur: Seniwati Noor Kumalasari mendedahkan pernah menolak tawaran lebih RM100,000 apabila perlu membuka hijab bagi watak dalam sebuah drama bersiri demi mempertahankan prinsip sudah menutup aurat.

Noor, 68, berkata keputusan itu dibuat tanpa teragak-agak meskipun tawaran berkenaan menjanjikan bayaran lumayan pada fasa awal penghijrahannya.

Menurutnya, beliau tidak sanggup menggadaikan pendirian yang dipegang selepas memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah, selain yakin rezeki sudah ditentukan oleh-Nya.

"Memang banyak cabaran dan dugaan di awal penghijrahan, malah saya pernah dapat satu tawaran besar bernilai lebih RM100,000 untuk menjayakan sebuah drama bersiri.