Bandar Permaisuri: "Beberapa penduduk sempat terdengar bunyi letupan kuat ketika kebakaran masjid kerana mereka berada di kedai makan berhampiran, kira-kira 2.50 pagi," kata Nor Zalizan Nordin, Imam Masjid At-Taqwa di Kampung Beris Tok Ku, Jalan Permaisuri, di sini, yang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menceriakan kejadian, Nor Zalizan, 45, berkata, dia hanya mengetahui kebakaran itu kira-kira 3 pagi selepas dimaklumkan penduduk kampung.

Katanya, selepas bunyi letupan itu, ada penduduk segera ke kawasan masjid sebelum melihat api sedang marak dan merebak dari bahagian depan ke belakang bangunan berkenaan.

"Malam tadi saya yang menjadi imam solat Isyak dengan disertai lebih 50 jemaah lelaki dan wanita.