Kuala Lumpur: Kerajaan akan meneliti penetapan had komisen yang dikenakan platform perkhidmatan e-hailing terhadap pemandu berdasarkan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta hasil kajian yang sedang dilaksanakan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan mengambil maklum isu yang dibangkitkan pemandu berhubung cadangan penurunan komisen bagi meningkatkan pendapatan mereka secara lebih telus dan adil.
Katanya, Kajian Pelan Strategik Pengangkutan Awam Lembah Klang oleh kementeriannya dan Kajian Struktur Pampasan Yang Adil bagi Pekerja Gig di Malaysia oleh Kementerian Sumber Manusia dijangka selesai tahun ini.
"Kementerian melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah menetapkan kadar komisen maksimum kepada pemandu e-hailing tidak melebihi 20 peratus bagi setiap perjalanan untuk kenderaan persendirian.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAnthonyLoke1_107174.png&w=480&output=webp&q=85&we)
