Kuala Lumpur: Pengurusan Terengganu FC (TFC) bakal mengambil tindakan mengeluarkan surat peringatan kepada barisan kejurulatihan pasukan susulan prestasi hambar yang menyaksikan skuad Penyu kini menghuni kedudukan kesembilan Liga Super.
Tindakan itu dijangka dilakukan sebelum pertemuan menentang DPMM FC dalam saingan Liga Super pada 20 November ini selepas pengurusan kelab memandang serius perkembangan semasa pasukan yang gagal mencapai sasaran ditetapkan.
Menerusi kenyataan media, TFC memaklumkan pihak pengurusan sudah mengadakan dua sesi bedah siasat bagi menilai prestasi pasukan, masing-masing selepas aksi menentang DPMM FC dalam saingan Piala FA dan perlawanan berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT).








