KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan menyekat pelaburan China atau negara lain meskipun Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan berhubung persaingan dalam pelaburan kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, perkara itu dibincangkan dalam panggilan telefon bersama Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, semalam, bagi membincangkan persiapan kemungkinan pertemuan dengan Presiden Donald Trump di Manila, Filipina atau Shanghai, China.

Beliau berkata, AS menyuarakan hasrat supaya peluang pelaburan khususnya dalam sektor AI dan semikonduktor, diberikan ruang tanpa gangguan daripada negara lain.

"Kebimbangan mereka ialah peluang pelaburan syarikat AS, terutama dalam bidang AI dan cip, tidak seharusnya diganggu oleh mana-mana negara lain.