Tawau: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, melepas dan membebaskan seorang guru daripada tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga murid perempuan tiga tahun lalu.
Hakim Ahmad Faizadh Yahaya membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Sanyzam Dabal, 49, pada akhir kes pendakwaan.
Mahkamah justeru memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri selain wang jaminan dikembalikan.
Dalam penghakimannya, hakim antara lain menyatakan bahawa tempoh masa dinyatakan dalam pertuduhan pertama dan kedua terlalu panjang sehingga menjejaskan peluang tertuduh mengemukakan pembelaan alibi.








