Almeria: UD Almeria akan mendermakan semua wang yang diperoleh daripada jualan tiket perlawanan mereka menentang Tenerife kepada keluarga Jesus de Miguel.
Penyerang Tenerife berusia 30 tahun itu meninggal dunia secara tragis akibat perlanggaran ngeri semasa perlawanan divisyen dua Sepanyol menentang Andorra.
Cristiano Ronaldo yang bersara daripada tugasan skuad kebangsaan Portugal memiliki 25 peratus kepentingan dalam Almeria sejak Februari, di mana kelab terbabit diambil alih oleh kumpulan pelaburan Arab Saudi pada tahun 2025.
Bola sepak Eropah digemparkan dengan pemergian tragis De Miguel, yang keluarganya sedang berdukacita menghadiri pengebumian beliau, semalam.










