PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki menggoreng plastik bersama minyak panas ketika menyediakan makanan mengundang kebimbangan orang ramai selepas rakaman perbuatan itu tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan di Threads, lelaki berkenaan dilihat memasukkan bungkusan plastik berisi makanan ke dalam kuali berisi minyak panas sebelum menggorengnya bersama-sama.

Perbuatan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan tahap keselamatan makanan disediakan selain bimbang terhadap risiko kesihatan kepada individu yang memakannya.

Seorang pengguna mendakwa kejadian itu berlaku di Gresik, Jalan Kapten Dulasim, Indonesia.