PETALING JAYA – Pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan buat sementara waktu.
Menurut Jabatan Peguam Negara (AGC), badan itu berpandangan bahawa penjelasan undang-undang yang jelas dan muktamad perlu diperoleh sebelum tindakan pelaksanaan selanjutnya diambil.
Jelas AGC, keputusan itu secara khususnya dibuat berdasarkan dua interpretasi yang perlu diberikan penelitian lanjut.
“Pertama, pembayaran denda RM50 juta hanya memenuhi komponen hukuman denda, manakala hukuman penjara bagi kes SRC International masih berjalan sehingga 23 Ogos 2028.






