PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim pada 18 September 2026.
AGC dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu perlu diambil susulan timbul persoalan perundangan berhubung interpretasi frasa “menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta” dan kesannya terhadap baki hukuman penjara bagi kes SRC International.
Berdasarkan Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut, Najib diperkenankan untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau menyelesaikan pembayaran denda sebanyak RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan.









