JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia nekad memalsukan kehamilan dengan mengebumikan bantal yang dibalut kain kafan untuk menyerupai jasad bayi kerana bimbang dilabel mandul oleh keluarga suaminya, lapor laman berita Detik.

Wanita dikenali sebagai AR mendakwa dirinya hamil selama 10 bulan sebelum memaklumkan kepada keluarga mertua bahawa bayinya meninggal dunia semasa bersalin.

Penipuan itu diketahui selepas penduduk tempatan meminta untuk membuka kain kafan sebelum ‘jenazah’ dikebumikan.

Mereka terkejut apabila mendapati kain kafan tersebut membaluti bantal dan bukan jenazah seperti yang dilaporkan sebelum ini.