PETALING JAYA – “Titik terendah pakai kereta baru. Sensor (pengesan) kesan tiga orang dekat belakang tak pakai seat belt (tali pinggang keledar), tapi kau tengah memandu seorang malam-malam.”

Situasi itu dikongsikan seorang wanita yang menceritakan pengalaman apabila sistem pengesan tali pinggang keledar kereta baharunya memberikan amaran seolah-olah terdapat tiga penumpang tidak diundang di tempat duduk belakang.

Lebih menyeramkan, ketika itu dia yang menggunakan profil @Fyza.s di media sosial, sedang memandu seorang diri pada waktu malam.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, malah ada yang berkongsi pengalaman serupa.