Seremban: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, melahirkan kebimbangan berhubung krisis perlembagaan di negeri itu yang belum menemui jalan penyelesaian.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang berkata, isu berkenaan menyebabkan penjawat awam dan rakyat negeri itu berasa tidak tenteram.
"Kita perlu mengakui, sama ada penjawat awam, masyarakat mahupun rakyat di negeri ini, semuanya berasa tidak selesa dan bimbang dengan krisis perlembagaan yang berlaku sekarang.
"Saya menggesa semua pihak supaya segera mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan isu ini berlarutan sehingga menjejaskan pembangunan ekonomi negeri, aktiviti pelaburan dan kesejahteraan rakyat," katanya ketika dihubungi, hari ini.









