Key takeaways
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, bimbang krisis perlembagaan yang belum selesai menyebabkan penjawat awam dan rakyat tidak tenteram. Beliau menggesa semua pihak mencari penyelesaian segera bagi mengelakkan kesan buruk terhadap ekonomi dan pelaburan.
- Jalaluddin Alias menyatakan kebimbangan terhadap krisis perlembagaan Negeri Sembilan yang belum menemui jalan penyelesaian.
- Beliau berkata penjawat awam dan rakyat berasa tidak selesa serta bimbang dengan situasi semasa.
- Jalaluddin menggesa penyelesaian segera bagi mengelakkan isu berlarutan menjejaskan pembangunan ekonomi dan pelaburan.
Summarised automatically by AI from the original article by Berita Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
SEREMBAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, melahirkan kebimbangan berhubung krisis perlembagaan di negeri itu yang belum menemui jalan penyelesaian.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang berkata, isu berkenaan menyebabkan penjawat awam dan rakyat negeri itu tidak tenteram.
"Kita perlu mengakui, sama ada penjawat awam, masyarakat mahupun rakyat di negeri ini, semuanya berasa tidak selesa dan bimbang dengan krisis perlembagaan yang berlaku sekarang.
"Saya menggesa semua pihak supaya segera mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan isu ini berlarutan sehingga menjejaskan pembangunan ekonomi negeri, pelaburan dan kesejahteraan rakyat," katanya ketika dihubungi, hari ini.