LAHAD DATU: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini terhadap pertuduhan samun berkumpulan dengan seorang daripadanya menyamar sebagai anggota polis, dalam kejadian pada 18 Oktober lalu.

Azwan Ibnu, 31, dan Francisco V Dagalea, 32, masing-masing dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan selepas kedua-duanya mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suhailla Selag.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa berada di luar rumahnya di Batu 8, Jalan Silam, di sini kira-kira jam 8.30 malam, 18 Oktober lalu.