MELAKA: Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif mampu mencabar penyandang kerusi itu, Adly Zahari yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 14 November ini.

Beliau berkata keyakinan itu bersandarkan kepada kerjasama padu parti itu bersama Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh berkempen sejak hari penamaan.

Katanya, kehadiran Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dalam pertemuan bersama calon dan jentera di kawasan itu memperlihatkan kerjasama padu antara kedua-dua parti dalam menghadapi PRN kali ini.

"Alhamdulillah, hari ini kita dapat melihat sendiri kerjasama yang terjalin antara PN dan BN menerusi kehadiran serta sokongan jentera parti di Bukit Katil.