MELAKA: Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Adly Zahari tiba di pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil di Dewan Tun Ali, 8.50 pagi ini.
Ketibaan Adly yang juga penyandang kerusi berkenaan diiringi Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu serta penyokong parti itu.
Beliau bakal berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Ridzuan Mohd. Shariff daripada Pas yang turut tiba di pusat penamaan calon sama dengan diiringi puluhan penyokong.
Pertembungan kedua-dua calon itu dijangka menyaksikan persaingan sengit susulan perkembangan politik semasa, terutama kerjasama antara PN dan Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka kali ini.








