KLUANG: Seorang lelaki warga emas maut, manakala enam lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Ladang Sindora menuju Ulu Belitong, Renggam, di sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Ramli Said, berkata panggilan kecemasan diterima pada 3.38 petang berhubung kejadian membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta.

Beliau berkata, enam anggota dari BBP Renggam bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mengeluarkan mangsa daripada MPV terbabit.

"Pemandu MPV yang berusia 60-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi penumpang dalam kenderaan sama berusia antara lapan hingga 54 tahun mengalami kecederaan ringan.